Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Transformasi Sekolah TS25 ini juga adalah salah satu usaha untuk mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP ) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
Sekolah TS25 di daerah Julau juga tidak ketinggalan ke arah transformasi di mana Sekolah TS25 bermula dengan Kohort ke-3 iaitu, SK Nanga Pakan dan SMK Pakan. SK Nanga Engkamop tersenarai untuk mengikuti TS25 untuk Kohort ke-4 pada tahun berikutnya.
Sebanyak 7 buah sekolah tersenarai untuk TS25 bagi Kohort ke-5. Antaranya ialah, SK Nanga Meluan, SK Sungai Sugai, SK Nanga Babai, SK Nanga Dayu, SK St Alphonsus, SK Nanga Entabai, SMK Julau dan SMK Julau No.2.
Pada tahun 2021, sebanyak 12 buah sekolah telah tersenarai untuk Kohort ke-6 TS25 iaitu, SK Ulu Pedanum, SK Nanga Pedanum, SK Ulu Sungai Naman, SK Nanga Kara, SK Nanga Lasi, SK Nanga Luau, SK Nanga Merurun, SK Ulu Manding, SK Nanga Entaih, SK Nanga Wak dan SK Nanga Serau.